XXX Olympiad

Ini adalah logo rasmi. Terdapat empat warna asas rasmi, dan versi yang lain untuk Paralimpik. Untuk maklumat lanjut, lihat seksyen "Logo" di bawah.Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX)[1] atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai.[2][3] Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dijangka hadir.[4]Ekoran bidaan yang diketuai oleh bekas jaguh Olimpik, Sebastian Coe dan Datuk Bandar London ketika itu, Ken Livingstone, London terpilih selaku tuan rumah pada 6 Julai 2005 di Sesi IOC ke-117 di Singapura, mengatasi bidaan dari Moscow, Bandar Raya New York, Madrid dan Paris.[5] London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali,[6] setelah diberi penghormatan demikian pada tahun 1908 dan 1948.[7][8]Usaha persediaan untuk temasya Sukan Olimpik ini telah banyak melibatkan pembangunan semula, khususnya yang bertemakan kemapanan.[9] Tumpuan utama usaha ini ialah Taman Olimpik baru seluas 200 hektar yang dibina di atas sebuah bekas kawasan perindustrian di Stratford di timur London.[10] Temasya ini juga memanfaatkan banyak kemudahan yang sudah sedia ada sebelum bidaan.

XXX Olympiad

Stadium Stadium Olimpik London
Dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II
Ikrar atlet Sarah Stevenson
Bandar tuan rumah London, United Kingdom
Ikrar jurulatih Eric Farrell
Obor Olimpik Callum Airlie
Jordan Duckitt
Desiree Henry
Katie Kirk
Cameron MacRitchie
Aidan Reynolds
Adelle Tracey
Penyertaan negara 204
Upacara perasmian 27 Julai
Jumlah atlet 10,500 orang (dianggarkan)
Ikrar pengadil Mik Basi
Upacara penutupan 12 Ogos
Cogan kata Inspire a Generation